Monday, 26 November 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT : bersama pakatan rakyat (2.0)

hai.. kembali lagi kita... hehe... sebenarnya, entri awal aku lari dari tajuk... teremosi pulak. maka aku makan dulu, dan kembali untuk menulis. motif aku sebenarnya nak cerita pasal peribadi pemimpin-pemimpin kita ni. aku yakin sangat dengan mereka ni.

Ketua Pembangkang tu, orang cerdik pandai tu. Aku ada baca buku yang bertajuk 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia. Antaranya, adalah DSAI ni. Aku baca buku woi! bukan artikel sembarangan. uolls nak pertikai siapa penulis pulak suka hati uolls lah. sebab author dia x silap aku bukan orang politik pun... penulisnye dua orang. mungkin uolls kata penulis bias.. tapi bagi aku tak kot... sebab tokoh yang diceritakan memang menyumbang sesuatu kepada Islam seluruh dunia. Antara tokoh-tokoh dalam buku tu ialah, Ketua Ulama Dunia, Dr.Yusuf Al-Qardhawi, HAMKA, Pelopor Ikhwanul Muslimin, Imam Hassan Al-Banna, Ahmad Deedat, Dr. Zakir Naik, dan nama-nama orang Malaysia yang ada dalam buku  tu pulak ialah DSAI, Tuan Guru Nik Aziz dan Haron Din. nama lain yang aku kagumi tapi tak ada laa dalam buku ialah Rafizi, Pengarah Strategi PKR dan bekas Manager PETRONAS. baca sini...
hebat-hebat ahli pembangkang ni.

Supaya aku tak tersasul lagi bercerita pasal apa bakti diorang... mari kita beralih pada program Jelajah Rakyat yang aku join ni, apa yang mengejutkan aku dan membuka mata dan minda aku ialah kerendahan hati seorang pemimpin. Mereka yang dipanggil berceramah ni orang ternama. Ketua-ketua kot. tapi korang tau, masa DSAI sampai je dengan Lim Kit Siang, mereka ni duduk bawah tau... atas tikar bersama-sama rakyat jelata sementara ADUN atau wakil-wakil lain berucap. diorang di bawah. Biasa kalau ada majlis, mesti ada pentas, renda-renda skirting, meja, atau at least kerusi di atas pentas. tapi kali ni tidak bagi DSAI dan kuncu-kuncunya. pentasnya simple je!

kata DSAI, dia nak train pemimpin biar sama-sama rasa susah dengan rakyat. bayangkan aje, sekarang musim hujan, memang aku duduk tu pun ada je tanah basah. tapi mujur ad tikar la. kiranya rakyat sanggup turun walaupun cuaca yang macam tu, mereka para pemimpin pun, nak rasa jugak apa yang kami rasa.

buat pengetahuan semua. ramai ahli dan pemimpin pakatan rakyat ni dah biasa hidup susah. pasal apa... pasal mereka ni bekas banduan. menjadi banduan susah laaa woi.. haaa... makan kena catu, pergerakan pun tak bebas. apatah lagi ISA. pasti kena belasah dulu sekali dua.

cerita derita DSAI yang membuatkan aku tersentuh sampai menangis...

1) kisah DSAI kena pukul dalam penjara.
pada hari DSAI sampai je penjara, dia kena hentam laa dengan abang-abang polis ni... mungkin sekarang dah pakcik kot... keesokan harinya, seorang anggota polis berjawatan tinggi datang jumpa DSAI. diorang pun mula berbicara.

polis : Dato' Seri... saya nak minta maaf ni pasal semalam.
DSAI : haa... kenapa? awak ke pukul saya?
polis : tak. saya dengan isteri semalam buat solat hajat untuk Dato' Seri. Saya minta maaf sangat-sangat..
DSAI : hmm.. x pa laa... nak buat macam mana.


kata DSAI, macam mana nak maafkan orang yang dah belasah dia kan? perit kot. sakit lagi. walaupun abang polis tu kata bukan dia yang buat, tapi bukan DSAI tahu pun. entah ya entah tidak. tapi tetap DSAI maafkan. :'(

2) kisah bersama ibu DSAI

ibu DSAI berada dalam keadaan nazak waktu DSAI masih dalam penjara. maka satu hari, DSAI dibenarkan pulang. sesudah pulang, dia membacakan yassin di sebelah ibunya. habis saja bacaan yassin DSAI, ibu DSAI terus menghembuskan nafasnya yang terakhir. selepas lima minit ibu DSAI meninggal, dia kena kembali semula ke penjara dan menunggu kebenaran untuk ke kubur ibunya pula pada esok harinya... :'( anak lelaki mana yang tak rapat dengan ibunya? setiap kali ibu DSAI melawat atau telefon, ibu DSAI selalu request agar DSAI menyanyikan lagu kegemarannya. adalaa dia nyanyi sikit masa hari tu, sungguh terharu... :'(

3) kisah berpuasa dalam penjara

aku tak tahu jugak macam mana consumption makanan untuk para banduan ni. tapi dengar DSAI cerita macam susah sangat je. bayangkan aje, kehidupan drpd seorang Timb. Perdana Menteri kepada banduan. jauh bezanya tuh. tapi kisah nye kali ni macam ni, anak DSAI bawa kurma dan disorokkan dalam sanggul. nak bagi kepada DSAI. tak boleh okay! makanan luar tak boleh bawak masuk. tapi seludup laa jugak DSAI ni. anak dia bagi ayahnya kurma tersebut, lalu cepat-cepat DSAI masukkan dalam poket. warden nampak je. tapi buat dunno. sikit tak pe laa kot... kalau banyak-banyak obvious pulak. lepas tu katanya, dia makan kurma tu untuk berbuka separuh, untuk bersahur lagi separuh. deritanya! katanya nak jimat. sobs3! :'(

4) kisah lepas keluar penjara

a) ada seorang pendakwa raya in.. nama dia apa entah. aku lupa. tapi dia ni laa yang dakwa DSAI supaya masuk penjara dulu. lepas je DSAI keluar penjara, dia g jumpa DSAI.katanya :

peguam : maafkan saya Dato seri... saya dah tak nak buat kerja-kerja ni lagi. saya dah tak nak ikut depa (AMENO) ni lagi. kosong-kosong ye dato. saya nak tolong Dato pulak. biar saya jadi pembela Dato'.

huhui! bayangkan!!! kau dulu dakwa aku, sekarang kau nak tolong aku pulak... mak aih... tengoklah macam mana DSAI ni nak maafkan dia... mulia sungguh hatinya.

b) mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ada memfailkan satu kes ke atas DSAI. pada suatu hari di mahkamah, sebelum perbicaraan.

TSMH : Assalamualaikum Dato'.
DSAI : Waalaikummussalam. (sambil bersalaman)
terus duduk di tempat masing-masing sambil tunggu perbicaraan bermula.

sebaik sahaja perbicaraan berlansung, Hakim bersuara, "maka dengan ini, kes yang didakwa ke atas DSAI di tarik balik".
macam tu je! DSAI terpinga-pinga dan tanya, betul ke ni? see? :') TSMH pun dah insaf jugak...

quote DSAI yang aku suka, "azizah itu semasa ketiadaan saya, luar biasa ketokohannya. membesarkan anak-anak seorang diri dan mengurus parti. Saya bersyukur Alhamdulillah dikurniakan seorang isteri seperti Azizah"

katanya, kalau difikirkan dendam. terlampau banyak sangat yang dia nak marah dan nak balas dendam. yang sudah-sudahlah. dia maafkan. beliau sekarang mempunyai misi yang paling besar iaitu untuk menang PRU13 dan menjadi Perdana Menteri. cukuplah dia seorang yang rasa susah. dia tak mau orang lain rasa susah macam mana dia rasa. dia nak hentikan rasuah dalam parti seperti mana yang menjadi amalan kerajaan AMENO dan BEE END... dia x kan dakwa Dato Seri Mahathir dan orang-orang yang khianat pada dia lagi. dats y Mahathir takut DSAI jadi PM. dia takut jadi mangsa dendam politik. tak! DSAI kata dia tak mau fikir tu semua. biarlah Dr Mahathir dengan kekayaannya. dan dia......... dia nak bekerja untuk rakyat.
beliau sangat berterima kasih dengan orang yang menyokong beliau.. dia tak akan lupa jasa rakyat dan pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang melawat dan bertanya khabar beliau, yang ambil berat pasal beliau di masa beliau derita dahulu. Beliau akan balas InshaAllah...

dah penat bercerita, seterusnya, aku paparkan visual-visual mereka pulak... :)


masa aku amik gambar ni, selama ni tak pernah jadi tangan aku terketar-ketar.. jantung aku berdegup kencang... tapi kali ni tidak! aku sedang berhadapan dengan seorang tokoh! yang duduk bersama-sama rakyat. :') 


. Lim Kit Siang, Pengerusi DAP


DAP, KEADILAN & PAS -PAKATAN RAKYAT-


karpet kereta jadi lapik tempat duduk... k bai~ :)

p.s : lawan tetap lawan!
p.s 1 : memang ramai pun pemimpin yang pernah masuk penjara ni pemimpin yang baik-baik seperti ahli parlimen Mesir (ikhwanul muslimin) sekarang yang ramai antaranya Hafiz Al-Quran dan di Malaysia pulak, antara yang pernah masuk penjara ialah DSAI (6 tahun), Lim Kit Siang (3 tahun) Lim Guan Eng (3 tahun), Mat Sabu (3 tahun).
p.s 2 : tengah cari buku from Kampung Boy to CEO karya Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dan jugak seorang pelopor Bank Negara.
p.s 3: aku bukan taksub... tapi aku yakin, Islam tak akan menang di bawah kerajaan AMENO dan BEE END. Aku nak ISLAM! jalan untuk menuju ISLAM, aku yakin pembawanya ialah PAS!

No comments: