kat PLKN, 1st of all anda akan diberi bilik untuk tidur dan meletakkan barang... setelah itu, kena pergi logistik amik baju, uniform dan segala benda yang diperlukan. okay, kalau ada lagi yang belum sampai, kena tunggu laa sampai semua dah register... register bukan sehari je ok? makan masa sampai tiga hari jugak. tolong bawak buku untuk dibaca takut boring. katil bukan bole suka-suka pilih nak duduk mana. tapi kena duduk mengikut nombor giliran masing-masing... macam nombor aku dulu, B12-07. tapi ini mungkin bergantung kepada sesetengah camp lah nak handle macam mana kan...
aktiviti yang dijalankan ada yang menarik, dan ada yang boring. aku cerita ikut schedule dulu laa ok...?
1st of all, korang akan adakan perjumpaan ramai-ramai. masa ni mereka akan introduce para jurulatih yang dipanggil cikgu serta kem komandan dan sebagainya. lepas itu, akan ada pelantikan ketua-ketua kompeni dan penghulu dan penghuluwati. ada camp yang panggil wira utama dan wirawati utama. oh yee... sume orang yang dipiih masuk PLKN ni akan dipanggil wira bagi lelaki dan wirawati loh bagi perempuan.
aktiviti pada fasa awal merupakan kelas CB iaitu character building. kelas ni sumpah macam budak-budak punya kelas. korang akan buat aktiviti macam menyanyi, main kaler-kaler, ada magic pen, main kejar-kejar tutup mata dan sebagainya. aktiviti ini berlangsung selama satu penggal iaitu kurang lebih satu bulan loh. kemudian kelas yang lebih kurang juga aktivitinye dipanggil kelas apa entah... lupa.. tapi isi dia pasal kewarganegaraan laa macam tu lebih kurang. yang ni pun sebulan... akan ada banyak aktiviti dalam kumpulan.
pada hari minggu pula, korang akan dengar pelbagai ceramah jemputan... kalau untuk pelajar lepasan SPM ni, memang biasa sangat laa ada ceramah-ceramah pasal nak masuk RELA, BOMBA, WATANIAH, JPAM dan macam-macam lagi lah. ada jugak macam pameran masa Jom Masuk U.. booth-booth universiti-universiti swasta akan mengambil tempat dan anda akan duk isi borang je... ada ceramah pasal AIDS, pasal keselamatan, KPDK (simpan duit) dan sebagainya. pokoknye, semuanye ceramah je la. ada jugak diisi dengan event tertentu seperti hari kebudayaan ke, belajar puisi tradisional dan macam-macam lagi.. seronok!
mak bapak boleh datang pada hari ahad. bawak laa makanan apa yang korang idamkan terutama ais! sebab sepanjang 3 bulan, anda tidak dibenarkan langsung mengambil ais.
untuk penggal terakhir, barulah anda akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti lasak seperti kayak, flying fox, absailing, pertandingan antara kompeni (sukantara), masuk hutan, menembak (M16) dan macam-macam lagi... seronok meyh... part ni r yang seronoknye pun... hahahaha!!!
oh yee.. pasal kawad kaki, dari awal-awal lagi memang kena kawad kaki ni. setiap hari... kalau camp kat Ayer Keroh, Melaka tu, setiap kali jalan pun dia suruh kawad kaki.. haha! kesian meyh... camp aku tak laa..
setiap pagi, korang kena bangun pukul lima pagi, mandi, solat jemaah dan bersiap untuk PT (pyhsical Training) pagi.. nak pergi ke dataran tu, kena jalan sama-sama satu kompeni.. kalau lambat nanti kena denda... aku selalu lambat... walaupun aku ketua... hahaha! sebenarnya, aku ni menepati masa.. itu pasal orang tengok macam lambat... hehe.. sebelum PT start, ada nyanyian lagu negaraku, lagu negeri, lagu PLKN, dan ikrar. then baru PT start.. cam exercise pagi laa lebih kurang... lepas PT, breakfast, kul sepuluh ada kelas CB. time ni, sebelum pergi kelas, kawad kaki lagi, berkumpul di dataran pakai baju kelas. then baru masuk kelas.
urm.. prestasi kena bagus weh. kalau tak nanti dia denda baik punya. denda yang paling aku tak lalu nak buat ialah baring atas jalan tar dan bergolek ke kiri 2-3 round dan ke kanan pulak selagi dia tak suruh berhenti... pergh! selama ni aku tengok orang duk buat ingat senang je. rupanya inilah denda yang paling dahsyat pernah aku rasa.. aku rela kena rotan lagi kot.. kalau bergolek-golek ni, pening! malu lagi... tambah-tambah kalau jalan tar tu basah.. kadang-kadang ada bau yang melekat dan aku buat dunno sahaja la.. tatau laa mende apa kan... kami hari tu semua orang kena buat. bukan kompeni aku je la.. hoo yeah!
kompeni ada empat semuanya, ALPHA (merah), BRAVO (biru), CHARLIE (kuning), DELTA (hijau). macam rumah sukan je r... nanti ada laa belajar lagu kompeni masing-masing, cheers, moto, visi dan misi.. semua reka sendiri taw. hooo makk! seronoknye...! malam akan sentiasa berkumpul. time ni laa dia nak marah ke, nak maki and also karaoke~! ok... time karaoke aku ponteng... hahaha! walaupun aku ketua, aku selalu menimbulkan masalah sebenarnye.. hahaha! hilang sokmo... nak buat camne, aktivitinye tak kena dengan jiwa... huhuk! selepas dikira semua ahli, kalau cukup, boleh masuk tidur lah.. mesti tidur punya... penat weyh! esok nak bangun kul 5... macam itu laa hari-hari.
urm.. pasal handphone lak... ada kem yang longgar. siap boleh pegang hari-hari cam tak ada apa lak.. tapi kebanyakannye memang tak r kan... hahahaha! cam tempat aku, kalau prestasi baik, boleh laa dapat hari jumaat petang dan pulangkan pada hari ahad malam. masa tu kena beratur lah.. itu merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh semua.. hehe.. masing-masing nak kol pakwe, makwe dan mak-bapak dikampung... kalau ada spoil, pergh... kalau dia tahan henset memang sedih laa wa cakap lu. contoh-contoh spoiler adalah seperti menoyolkan handphone (x bg cikgu pegang, tapi kantoi), atau ada kawan-kawan yang hisap rokok dan bergaduh sesama sendiri. sorang punya pasal, semua kena ibarat kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga...
makan kat sini, enam kali sahari... mengikut bancian kementerian kesihatan yang dilakukan, ramai pelatih yang berat badannye naik bila pergi PLKN.. haha... bayangkan sahaja, enam kali sehari makan... kat rumah pun tak macam tu... kalau ada orang yang berat turun tu, mungkin kem dia masak x sedap atau dia yang mengada-ngada tak makan laa tu... tapi kalau tempat aku, makan memang heaven.. nak-nak hari Chap Goh Mei... tah cmne eja.. mewah betul! tapi seperti biasa... tak ada ais! even kami dapat merasa air cocktail pun, tetap cocktail suam.. sobs3! tapi disebabkan duduk kat sini laa aku jadi x berapa gemar air sejuk dah sekarang.. kalau g kedai duk order air panas je.. n feveret aku, carrot susu suam.. haha! macam pelik kan? well~ aku bahagia makan kat sini, ada banyak sayur-sayur fresh yang merupakan feveret aku... nak nak ulam raja... aku jadi makan banyak sebab ada ulam ni.. haha! cikgu siap bawakan aku sambal lagi.. hey! special untuk aku je taw.. haha! aku petik sendiri je ulam ni.. banyak sangat kat kem tu... ada sekali makcik kantin nampak, dia kata, jangan petik laa.. dia nak tolong petikkan, dia takut aku keracunan sebab salah pokok ke.. (ulam raja lebih kurang je dengan bunga taik ayam) .. kalau keracunan dia ar kena teruk.. tapi, sehari dua rajin r makcik tu amikkan untuk aku.. hari seterusnya, aku petik sendiri je laa. huhu... ak cuma dapat turun 2 kg je sepanjang duduk kat sana.. hehe...oh ye... kalau nak merasa air sejuk, boleh laa beli air dalam peti kat koperasi yang disediakan tu.. but still no ice!
aku sertakan gambar ye bagi korang nampak gambarannye.. asyik cakap banyak je.. huhuk!
kaler - kaler masa kelas CB
sukantara
menari-menari
birthday celebration
gado-gado lepas tu kena berbaik... :)
party maggi
katil
persembahan daripada para jurulatih
hari last gotong royong... esok nak balik dah...
hari balik :')
BRAVO juara keseluruhan... yeah!
nampak kan seronoknye tu?
ok.. ketuk ketampi paling last.. hehe.. sempat lagi.. dalam bas ni masa otw balik..
bye~ :') soo... gud luck awak!
kem kita jatuh tempat ketiga tercantik di Malaysia. tak panas sangat sebab atas bukit dikelilingi pokok -pokok kelapa sawit.. tambah2 musim hujan, sebab tu kita tak burn. hehe... tangga ni ada 33 anak tangga kesemuanya... mungkin ini faktor kita turun 2kg... :P
ok! study lak! bye~
p/s : awak ada dekat korea masa hari last kita kat sini. dah sehari kita kat rumah baru awak balik MAS.. :)














No comments:
Post a Comment